Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan pasukan tentera profesional negara yang terdiri daripada Tentera Sarat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sejarah penglibatan ATM terserlah dalam menangani pebagai ancaman negara bermula sejak Perang Dunia Kedua, Zaman Darurat, Konfrantasi dan Insurgensi Kedua sebelum Chin Peng menamatkan perjuangan bersenjata pada 1989.
Pengalaman yang dilalui oleh ATM memang cukup luas dan ia menjadi teras benteng pertahanan negara dan sebagai organisasi ketenteraan ia sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan.
Latihan yang beterusan dilaksanakan walaupun negara bukan lagi menghadapi zaman perang namun ATM tidak boleh merasa selesa dan latihan yang berterusan dilaksanakan semasa aman untuk menentukan setiap anggota sentiasa bersedia pada sebilang waktu.
Tentera Darat
Sejarah moden
ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan
Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933 dan rejimen tersebut terus berkembang menjadi satu batalion penuh
yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari
1938.
Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941
iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya dan kedua - dua
batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang
tentera Jepun dan selepas perang, negara
dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada
tahun 1948.
Menjelang tahun
1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion dan
pada zaman Darurat juga tertubuhnya pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen
Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.
Setelah negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 Tentera Darat telah berkembang maju dan
lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi dan pada period tersebut Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan
sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran
masa depan.
Tentera Laut
Diraja Malaysia
Tentera Laut
Diraja Malaysa (TLDM) bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut
Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura.
Pasukan ini
diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan
ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya.
Menjelang Perang
Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan
pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan
Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah
berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur.
Anggota
-anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat malangnya disebabkan
kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada
bulan April 1947 dan apabila Darurat
tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan
diwartakan pada 4 Mac 1949.
Tentera Laut
Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun
1952 dan Tentera Laut Diraja Malaya yang
selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari
Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958.
Serentak dengan
ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan,
Tentera Laut Diraja Malaya dan selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia
dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Tentera Udara
Diraja Malaysia
Sejarah awal
Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) bermula dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara
Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936.
Pasukan ini
ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun
1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950
pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya).
Tentera Udara
Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama
mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Persekutuan ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.
Perkembangan
ATM
Angkatan
Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan
tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi
seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional.
Pemerolehan aset Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di
bawah Rancangan Malaysia ke-11 diteruskan walaupun negara menghadapi cabaran
ekonomi global termasuk menaik taraf helikopter Sikorsky S61A-4 'Nuri', pesawat
Hercules C-130, Korvet Kelas Laksamana dan pemerolehan aset lain merangkumi
ketiga-tiga sayap ATM.
Dengan perancangan rapi dilakukan Kementerian Pertahanan
dan ATM akan dapat menghadapi pelbagai
cabaran untuk memastikan keselamatan
negara dan juga moral serta kebajikan anggota
diberikan keutamaan.
Pada Mac 2013, Malaysia menyenarai pendek lima jet
tempur antaranya Eurofighter Typhoon buatan konsortium Eropah terdiri BAE
Systems, EADS dan Finmeccanica; Rafale keluaran Dassault Aviation serta F/A 18
dari Boeing.
Permodenan ATM pula menghadapai hambatan oleh faktor ekonomi dan faktor sumber manusia
dan krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum
melepasi fasa cadangan.
Antaranya
perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai
fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter
utiliti tambahan.
Kesiapsagaan
Tentera Darat
Peranan Tentera Darat (TDM) sebagai sebahagian daripada ATM bukan kecil, malah ketumbukan ini merupakan nadi utama ATM di samping Tentera Darat merupakan pasukan yang kekal sebagai perkhidmatan terbesar di dalam ATM.
Meski keperluan penglibatan operasi pada masa kini memerlukan kolaborasi dan integrasi antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan dengan pelbagai agensi kerajaan serta bukan kerajaan.
Oleh yang demikian untuk memperteguh ketumbukan ini, TDM bukan sahaja perlu menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran tradisional malah perlu memperlengkapkan diri menghadapi cabaran bukan tradisional.
TDM sentiasa mewujudkan dasar, perancangan strategik serta operasi bertepatan dengan kondisi operasi bersama bagi memperlengkapkan kesiagaan, TDM mengamalkan trilogi 3M: Manusia, Mesin dan Metode.
Keutamaan diberi kepada memperlengkapkan sumber manusia dengan meningkatkan kualiti mereka meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kompetensi dan menjamin kelangsungan peningkatan perkakasan, ia sedang dan dalam proses dibangunkan serta dipertingkatkan.
Transformasi ATM ke arah keseimbangan dan ketumbukan konvensional (conventional war-fighting force) diperkukuhkan dengan implementasi Pelan Strategik 4D MAF yang mengkhususkan kepada tiga kunci utama iaitu ketumbukan bersama (joint force), keutuhan saluran maklumat dan dimensi pelbagai meliputi dimensi pertempuran sub permukaan (subsurface), permukaan (surface), udara (air) dan informasi/siber.
Dengan mempunyai ketumbukan Tentera Darat berdaya saing dan boleh dipercayai, dapat menyumbang kepada pembinaan kekuatan ATM yang menjurus kepada tahap keyakinan rakyat dan kepercayaan negara terhadap ATM.
Latihan Dalam TUDM
Tarikh 14 Disember 1961 adalah hari yang bersejarah bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana pada hari tersebut Menteri Pertahanan pada ketika itu Dato’ Abdul Razak Hussien telah menyampaikan sayap kepada juruterbang pertama yang dilatih oleh Sekolah Latihan Penerbangan di pangkalan udara Sungai Besi.
Sebagai sebuah angkatan udara yang masih muda pada ketika itu jurulatih penerbangan adalah terdiri daripada juruterbang Royal Air Force (RAF) yang dipinjamkan kepada kerajaan Persekutuan bagi mengendalikan latihan penerbangan dengan menggunakan pesawat latihan daripada jenis Chipmunk.
Dalam bulan Jun 1962 di bawah kepimpinan Squadron Leader L J Otley Sekolah Latihan Penerbangan telah mengalami perubahan dengan penggunaan pesawat baru Piston Provost T 51/53 untuk menggantikan pesawat Chipmunk yang digunakan sejak 1958.
Latihan penerbangan telah dipindahkan ke TUDM Alor Setar pada 1 Julai 1964 dan Sekolah Latihan Penerbangan telah dipimpin oleh pegawai pinjaman RAF iaitu Squadron Leader F J Woodard yang juga merupakan Pegawai Memerintah TUDM Alor Setar.
Kursus latihan penerbangan di Alor Setar pada 12 September 1964 dan Sekolah Latihan Penerbangan seterusnya mengendalikan latihan lanjutan penerbangan dengan kehadiran pesawat Dove bagi melatih juruterbang yang telah mendapat sayap penerbangan setelah melalui latihan penerbangan dan lulus sebelum latihan peralihan kepada pesawat lain yang akan dikendalikan oleh skuadron penerbangan.
Pada bulan Jun 1972 pesawat Piston Provost yang telah digunakan untuk melatih 120 orang juruterbang TUDM sepanjang 10 tahun perkhdimatannya telah digantikan dengan pesawat Bulldog manakala pada tahun 1975 pesawat Dove telah digantikan perkhidmatannya dengan pesawat Cessna 402B untuk digunakan dalam latihan penerbangan lanjutan.
Sebelum TUDM mempunyai pusat latihan sendiri untuk melatih juruterbang helikopter ia telah menghantar pelatih juruterbang ke South East Asia Helicopter (SEA Helicopter) sebuah syarikat swasta pada 1970 sehingga 1975 iaitu selama lima tahun dan mereka mengendalikan pesawat Bell sebelum menjalani latihan peralihan pesawat Alouette III atau helicopter Nuri.
Menyorot Latihan TLDM
Sebagai
tonggak pertahanan maritim negara, TLDM sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan ancaman keselamatan kedaulatan perairan negara.
TLDM menggabungkan
siri latihan kemahiran laut bersama kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul
Rahman dalam latihan yang diberi nama Operational Sea Training
Exercise/Submarine Fleet Integration Training 2010 atau ringkasnya sebagai
Ostex Sub Fit 2010.
TLDM telah mengambil
inisiatif untuk menggabungkan latihan yang kelazimannya dilaksanakan secara
berasingan mengikut markas wilayah dan latihan yang digabungkan itu telah
dilaksanakan di perairan Laut China Selatan dan Gugusan Semarang Peninjau.
Latihan itu merupakan latihan gabungan armada TLDM yang pertama dilaksanakan oleh TLDM melibatkan aset strategik kapal selam negara yang pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman.
Ia juga merupakan latihan peperangan terbesar TLDM yang melibatkan 10 buah kapal TLDM yang berpangkalan di Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu.
Turut mengambil
bahagian adalah aset udara TLDM iaitu pesawat Super Lynx dan Fennec, dua
Pasukan Khas Laut (Paskal) iaitu KD Sri Semporna dan satu pasukan Penyelam
daripada Markas Wilayah Laut 2.
Selain itu TUDM turut
menyumbang dalam kejayaan latihan peperangan terbesar TLDM itu dengan
membabitkan pesawat pejuang Hawk 200, pesawat rondaan maritim B200T dan
helikopter Nuri.
Terdahulu sebelum latihan dilakukan, KD Tunku Abdul Rahman dalam Eksesais Taming Sari 15/10 telah berjaya melancarkan peluru berpandu dari bawah permukaan ke permukaan jenis EXOCET SM 39.
Penembakan ini telah
berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran permukaan berukuran 40 meter dan
kejayaan tersebut telah membuktikan
kesiagaan dan keupayaan TLDM dan kapal selam negara KD Tunku Abdul Rahman
menjalankan sebarang misi apabila diperlukan.
Selain kapal selam KD Tunku Abdul Rahman, 10 buah kapal TLDM yang terlibat adalah kapal pemerintah KD Sri Indera Sakti, dua buah kapal Frigate (penangkis kapal selam), KD Lekiu dan KD Lekir; empat buah kapal ronda generasi baru TLDM, KD Pahang, KD Kedah, KD Perak dan KD Terengganu; dua kapal penangkis periuk api KD Mahamiru dan KD Ledang, sebuah kapal pengangkut trup laju, KD Sri Gaya dan sebuah bot tempur.
KD
Tunku Abdul Rahman mempunyai kelebihan penderia yang canggih dan berupaya
mengesan bunyi (signal akuastik) kapal-kapal di permukaan dengan cepat dan
berjaya melaksanakan serangan dari bawah air dengan tepat.
Dengan
kelebihan tersebut, kapal-kapal permukaan tidak tahu arah ancaman dari bawah
permukaan akan berlaku dan perlu sentiasa bersedia mengatasinya dan latihan
secara gabungan ini juga dapat digunakan oleh KD Tunku Abdul Rahman dan
kapal-kapal permukaan dalam memantapkan lagi prosedur dan taktik masing-masing
dalam melaksana dan menangkis serangan.
Setiap
gugus diberi misi tertentu seperti mencari dan memusnahkan pihak lawan,
mempertahankan kedudukan dan menceroboh kawasan lawan berdasarkan maklumat
perisikan yang diberi oleh pengendali eksesais.
Gugus
tugas kapal-kapal, pesawat dan kapal selam akan berkomunikasi antara satu sama
lain dalam merancang dan menyampaikan arahan serta mengatur strategi dalam
menyelaraskan sesuatu pergerakan atau serangan.
Latihan Lanjutan
Latihan yang berterusan dilaksanakan oleh ATM dan
ketiga-tiga cabang iaitu TDM, TLDM dan TUDM mempunyai Markas Latihan
masing-masing untuk melaksanakan latihan daripada peringkat asas sehinggalah
peringkat lanjutan untuk menentukan kesinambunganlatihan di alam pasukan.
Sebaik sahaja seorang anggota menerima latihan asas di
pusat latihan masing-masing mereka akan ditukarkan ke pasukan baik di unit TDM, TUDM atau TLDM dan di
sanalah mereka memulakan kerjaya mengikut kepakaran.
Anggota akan menjalani latihan berkerja (On Job Training)
sebelum diserap di bahagian ketukangan yang diceburi dan latihan lanjutan akan
diberikan untuk melayakkan mereka melaksanakan tugas sama ada dalam bidang
teknikal atau yang bukan teknikal.
Bagi TDM pula anggota yang telah menjalani latihan asas untuk
kor infantri akan ditugaskan dalam batalion dan bagi bahagian teknikal akan memasuki
unit teknikal yang memerlukan latihan lanjut dalam ketukangan dan kor
masing-masing.
Latihan Perang
Adalah menjadi rutin dan sebahagian daripada
tanggungjawab setiap pasukan untuk menjalani latihan bagi memupuk setiakawan
dan kesiapsagaan dalam pasukan dan ia dilakukan dengan pelbagai eksesais
tahunan.
Setiap pasukan akan menjalankan latihan untuk menguji
tahap kesiapsagaan masing-masing baik yang dikendalikan oleh TDM, TLDM atau TUDM yang pada akhirnya menjurus kepada matlamat
utama mencapai misi organisasi.
Markas Latihan Bersama bertanggungjawab untuk
mengkoordinasikan latihan yang melibatkan ketiga-tiga cabang ATM dari segi
penyediaan trup dan aset persenjataan yang digunakan dalam latihan.
Kesinambungan latihan adalah perlu untuk ATM mempunyai ketumbukan
yang kental dan latihan bukan sahaja melibatkan ATM di dalam Negara malah turut
melibatkan pasukan tentera daripada Negara sahabat.
Dengan penglibatan latihan di peringkat antarabangsa maka
ATM dapat menimba pengalaman dan membuktikan ketrampilannya di arena global
seperti yang telah dibuktikan dengan misi ketenteraan di bawah pasukan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
No comments:
Post a Comment